Webinar Kempen Internet Selamat Siri 16
10 Mei 2026 | Aktiviti Terkini
Dalam era pembelian atas talian yang semakin popular, pengguna kini perlu lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan siber. Sehubungan itu, satu webinar bertajuk “Add to Cart atau Add to Trap?” telah diadakan di NADI pada 9 Mei 2026 (Sabtu) bagi memberi pendedahan tentang taktik scam shopping online dan cara melindungi diri ketika membuat transaksi digital. Penceramah adalah Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib secara google meet di NADI.
Webinar ini akan membincangkan pelbagai modus operandi scammer termasuk pautan palsu, akaun penjual tidak sah, tawaran harga terlalu murah serta teknik mencuri maklumat perbankan pengguna. Peserta juga akan didedahkan dengan tips keselamatan ketika membeli-belah secara atas talian.
Program ini terbuka kepada orang ramai khususnya pengguna media sosial dan pembeli atas talian yang ingin meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kehidupan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: